Page 75 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 75

7  ISLAMIC CONFERENCE OF HEALTH MINISTERS (7TH ICHM)
                 TH
               Mesyuarat ini telah berlangsung dari 15 hingga 17 Disember 2019 di Abu Dhabi, United
               Arab Emirates bertemakan ‘Quality of Life’. Delegasi dari Malaysia telah diketuai oleh
               YBMK dan disertai oleh Pengarah BPKA, Dr. Nik Jasmin dan pegawai kanan BPKK.
               Malaysia  telah  menyempurnakan  tugasan  sebagai  Lead Country Coordinator  bagi
               Thematic  Area  4:  Medicines,  Vaccines  &  Medical  Technologies  bagi  tahun  2018-
               2019. Melalui inisiatif ini, Malaysia telah memainkan peranan yang penting melalui
               rundingan teknikal dan panduan sejak tahun 2013 bagi tujuan perkongsian ilmu dan
               pembangunan kapasiti dalam bidang “promoting access to quality, safe, efficacious
               and affordable medicines”.


               SEKTOR INSPEKTORAT DAN PERUNDANGAN

               Sektor  Inspektorat  dan  Perundangan  adalah  bertanggungjawab  terhadap  aktiviti
               penguatkuasaan  perundangan  kesihatan  awam.  Penguatkuasaan  dalam  bidang
               Kesihatan Awam terdiri daripada beberapa undang-undang berasingan yang memberi
               kuasa kepada pegawai yang terlibat untuk melindungi orang ramai daripada ancaman
               masalah kesihatan. Aktiviti penguatkuasaan yang dijalankan dari semasa ke semasa
               bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat agar patuh kepada undang-
               undang negara disamping berkongsi tanggungjawab dalam kawalan penyakit. Secara
               tidak langsung, aktiviti penguatkuasaan ini akan menggalakkan amalan gaya hidup
               sihat  dalam  masyarakat.  Undang-undang  yang  berkaitan  dengan  Kesihatan  Awam
               seperti  Akta  Pemusnahan  Serangga  Pembawa  Penyakit  1975  (Akta  154),  Akta
               Pencegahan dan Pengawalan Berjangkit 1988 (Akta 342), Akta Hidrogen Sianid 1953
               (Akta 260), Akta Makanan 1983 (Akta 281) dan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil
               Tembakau 2004  adalah  di antara beberapa undang-undang  yang dikuatkuasakan
               pada masa ini.

               PENGELUARAN KAD KUASA (AUTORITI)
               Semua  pegawai  penguatkuasa  dibekalkan  dengan  kad  kuasa  semasa  menjalankan
               tugas  penguatkuasaan.  Akta  Makanan  memperuntukkan  pegawai  penguatkuasa
               dilantik oleh Menteri Kesihatan sedangkan di dalam lain-lain undang-undang, jawatan
               pegawai penguatkuasa  diperuntukkan dalam undang-undang dengan takrif inspektor
               dan inspektor kesihatan serta pegawai yang diwakilkan kuasa. Berikut adalah prestasi
               pemprosesan kad kuasa bagi pegawai diberikuasa seperti di Jadual 4.3.


               Permohonan pelantikan pegawai penguatkuasa dan kad pengenalan penguatkuasa
               dipengaruhi oleh jumlah lantikan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) dari
               institusi latihan ke skim perkhidmatan awam termasuk di Pihak Berkuasa Tempatan.

               Keperluan untuk pemeriksaan dan penutupan premis makanan semakin bertambah
               kebelakangan ini dan kuasa ini bukan hanya diberi kepada anggota penguatkuasaan
               di dalam Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan sahaja malah Pegawai Kesihatan
               Daerah serta PPKP dari Program Kesihatan Awam juga terlibat secara aktif.





                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  65
   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80