Page 72 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 72

CAWANGAN PEMBANGUNAN PROFESYEN KESIHATAN AWAM

            Cawangan Pembangunan Profesyen Kesihatan Awam berperanan dalam pembangunan
            dan perkembangan profesyen untuk Program Kesihatan Awam. Cawangan ini perlu
            memastikan setiap penjawat awam di Program Kesihatan Awam mencapai kompetensi
            standard yang telah ditetapkan di dalam penyampaian perkhidmatan yang terbaik
            kepada rakyat. Cawangan ini melaksanakan aktiviti seperti berikut:

            a)      Pembangunan Perkhidmatan Kepakaran Perubatan Kesihatan Awam
            b)      Perkembangan Profesyen Dalam Program Kesihatan Awam
            d)      Modal Insan dan Continuous Professional Development (CPD)
            e)      Pemantauan Penggunaan Fasiliti Latihan Kesihatan Awam

            Bagi pemantapan latihan sumber manusia, sebanyak 6,940 kursus telah dijalankan
            pada tahun 2019 di seluruh negara dengan perbelanjaan RM11,678,818.28 berbanding
            4,101 kursus dengan perbelanjaan RM5,016,700.00 pada tahun 2018. Pada tahun
            2019  juga  terdapat  tiga  (3)  orang  anggota  telah  dihantar  untuk  mengikuti  latihan
            jangka pendek luar  negara, mengikut  jumlah  kuota slot  yang ditetapkan.  Prestasi
            keseluruhan Program Latihan Dalam Perkhidmatan adalah seperti di Jadual 4.2.

            Cawangan ini turut bertanggungjawab bagi memantau permohonan dan penggunaan
            fasiliti  kesihatan  di  Program  Kesihatan  Awam  yang  melibatkan  penggunaan  fasiliti
            Pejabat Kesihatan Daerah, Klinik Kesihatan dan Makmal Kesihatan Awam bagi tujuan
            latihan lapangan. Pada tahun 2019, sebanyak 29 permohonan penggunaan fasiliti telah
            diluluskan iaitu permohonan pembaharuan  MoA atau permohonan  penambahan
            yang melibatkan tujuh (7) Program Perubatan, 14 Program Sains Kesihatan Bersekutu
            dan lapan (8) Program Kejururawatan.


                                                Jadual 4.2
                 Prestasi Program Latihan Dalam Perkhidmatan (Dalam dan Luar Negara),
                           Program Kesihatan Awam bagi tahun 2018 dan 2019.

                                                         PRESTASI

                                           2018                             2019

                                Bil. Kursus    Perbelanjaan      Bil. Kursus    Perbelanjaan
                               Yang Dihadiri        (RM)       Yang Dihadiri        (RM)



                                                  39,376.10
                  LUAR                                (93.75                        66,000.00
                NEGARA                 2                                 3      (100 peratus)
                                                    peratus)



                                               5,016,700.00                    11,678,818.28
                 DALAM
                NEGARA             4,101              (99.37        6,940              (98.80
                                                    peratus)                         peratus)
            Sumber: Cawangan Pembangunan Profesyen,  Bahagian Perkembangan Kesihatan Awam, KKM



        LAPORAN TAHUNAN
    62  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   67   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77