Page 18 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 18
Jadual 1.5
10 Punca Utama Kematian* di Hospital KKM, 2019 p
Peratus
Bil. Punca Utama Kod ICD-10 daripada jumlah
kematian (%)
1. Chapter IX: Diseases of the circulatory system I00-I99 21.80
2. Chapter X: Diseases of the respiratory system J00-J99 20.65
Chapter I: Certain infectious and parasitic
3. A00-B99 12.15
diseases
4. Chapter II: Neoplasms C00-D48 11.94
Chapter XVIII: Symptoms, signs and abnormal
5. clinical and laboratory findings, not elsewhere R00-R99 7.10
classified
6. Chapter XIV: Diseases of the genitourinary N00-N99 5.79
system
Chapter IV: Endocrine, nutritional and
7. E00-E90 5.31
metabolic diseases
8. Chapter XI: Diseases of the digestive system K00-K93 4.65
9. Chapter XVI: Certain conditions originating in P00-P96 2.16
the perinatal period
10. Chapter VI: Diseases of the nervous system G00-G99 2.01
Nota: *berdasarkan underlying cause of death
*berdasarkan 3-digit code grouping, ICD10
P - permulaan
Sumber: MyHDW Fixed Format Report, 2019 (seperti pada 31 Mei 2020).
FASILITI KESIHATAN DAN PENGGUNAAN FASILITI
Bilangan hospital KKM pada tahun 2019 masih kekal sebanyak 144 buah hospital
yang terdiri daripada 135 buah hospital dan 9 buah institusi perubatan khas dengan
bilangan katil masing-masing sebanyak 38,131 dan 4,805 katil. Kadar penggunaan
katil (Bed Occupancy Rate, BOR) untuk hospital dan institusi perubatan khas KKM
pada 2019 adalah 70.01 peratus (Jadual 1.6).
Terdapat sebanyak 1,027 Klinik Kesihatan, 1,771 Klinik Desa dan 87 Klinik Kesihatan
Ibu dan Anak pada tahun 2019. Mulai 1 Januari 2019, nama Klinik 1Malaysia (K1M)
telah ditukar kepada Klinik Komuniti (KKom) dan sehingga 31 Disember 2019, terdapat
sebanyak 286 buah KKom di seluruh negara telah beroperasi dan memberikan
perkhidmatan kesihatan kepada penduduk. Perkhidmatan yang disediakan oleh
KKom adalah sama seperti K1M yang telah diperkenalkan pada tahun 2010 yang
menyediakan perkhidmatan perubatan asas bagi masalah kesihatan dan kecederaan
ringan yang sering dihidapi oleh komuniti seperti demam, batuk, selsema, darah
tinggi, kencing manis dan luka.
LAPORAN TAHUNAN
8 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019