Page 245 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 245

Imej 6.13
                  Majlis Kick-Off Pembebasan Telur Nyamuk Aedes aegypti yang Dijangkiti oleh
                              Wolbachia oleh Menteri Kesihatan pada 7 Julai 2019





















                                       Sumber: Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), KKM

               INSTITUT KESIHATAN UMUM (IKU)


               Kajian  Tinjauan  Kebangsaan  Kesihatan  dan  Morbiditi  iaitu  National  Health  and
               Morbidity Survey (NHMS) merupakan tinjauan kesihatan yang dijalankan di Malaysia
               sejak  1986.  Sejak  2011,  memandangkan  pentingnya  hasil  tinjauan,  kerajaan  telah
               memutuskan  untuk  menjalankan  tinjauan  kesihatan  setiap  tahun,  dalam  pusing
               empat  (4)  tahun,  di  mana  tahun  pertama  setiap  pusingan  memfokuskan  skop
               penyakit tidak berjangkit dan permintaan jagaan kesihatan. NHMS 2019 merupakan
               tinjauan pertama pusingan ke-enam (6) tinjauan kesihatan kebangsaan dan morbiditi,
               mengkaji trend penyakit berjangkit dan faktor-faktor risiko penyakit berjangkit serta
               permintaan jagaan kesihatan, sejak 1986 dengan tinjauan yang sebelum ini dijalankan
               pada tahun 2015. Selain itu, NHMS 2019 juga telah mengkaji skop literasi kesihatan.
               Tinjauan ini melibatkan semua negeri dan wilayah persekutuan di Malaysia dan telah
               dijalankan dari 14 Julai hingga 1 Oktober 2019, serentak di seluruh Malaysia (Imej
               6.14).

























                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  235
   240   241   242   243   244   245   246   247   248   249   250