Page 243 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 243

Sepanjang tahun 2019, kami telah menjalankan sebanyak 771 projek penyelidikan
               kesihatan termasuk  projek  kolaborasi dengan agensi-agensi lain.  Walaupun
               menghadapi pelbagai cabaran di permulaan, NIH berjaya menerbitkan 444 artikel
               dalam pelbagai jurnal tempatan atau antarabangsa (Rajah 6.7) dan lebih kurang 500
               hasil penyelidikan dalam bentuk laporan teknikal, research highlight, research brief,
               infografik dan lain-lain.

                                                    Rajah 6.7
                                              Pencapaian NIH 2019
























               Sumber: NIH- IMR, IPH, ICR, IHM, IHSR, IHBR

               INSTITUT PENYELIDIKAN PERUBATAN (IMR)



               LAWATAN OLEH TYT DR. TAKESHI KASAI, WORLD HEALTH ORGANIZATION (WHO)
               REGIONAL DIRECTOR FOR THE WESTERN PACIFIC PADA 10 JULAI 2019


               TYT  Dr.  Takeshi  Kasai  telah  melawat  Makmal  Wolbachia di  Unit  Entomologi
               Perubatan, Pusat Penyelidikan Penyakit Berjangkit, IMR di Jalan Pahang. Beliau sangat
               tertarik  dengan  projek  Kolaborasi  antara  Universiti  Glasgow,  Universiti  Melbourne
               dan  IMR  bertajuk  “Field  Evaluation  on  the  impact  of  Wolbachia  infected  Aedes
               albopictus and Aedes aegypti on dengue and chikungunya transmission” (NMRR-16-
               28898) yang dibiayai oleh Wellcome Trust. Strategi ini menunjukkan potensi yang
               memberangsangkan  dalam  mengawal  dan  mencegah  penyakit  bawaan  nyamuk
               terutama denggi, chikungunya dan Zika (Imej 6.12).













                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  233
   238   239   240   241   242   243   244   245   246   247   248