Page 251 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 251

Imej 6.19
                                             Peserta MTCP EIMP 2019


























                                         Sumber: Institut Pengurusan Kesihatan (IHM), KKM

               INSTITUT PENYELIDIKAN SISTEM KESIHATAN (IHSR)


               Melalui  pengiktirafan  sebagai  Pusat  Kerjasama  WHO  bagi  Penyelidikan  Sistem
               Kesihatan dan Penambahbaikan Kualiti, IHSR bekerjasama dengan pihak WHO serta
               agensi lain dalam kajian yang memberi fokus kepada pengukuhan sistem kesihatan
               dan kualiti penjagaan, serta membina modal insan yang penuh semangat. Di peringkat
               kebangsaan,  IHSR  juga  diiktiraf  sebagai  Sekretariat  Program  Penambahbaikan
               Kualiti  (QA)  KKM  yang  berperanan  sebagai  pusat  penyelarasan  untuk  latihan  dan
               pembangunan Program QA di seluruh negara.


               IHSR turut terlibat dalam membangunkan “ASEAN Recommendation on Quality Health
               Care in Primary Care”. Konvensyen  Quality  Assurance (QA) peringkat kebangsaan
               yang ke-10 juga telah diadakan, bertema “Quality-Driven Healthcare: The Heart of
               Universal Health Coverage”, yang dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan
               (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal), YBhg. Datuk Dr. Christopher Lee, dan disertai
               pelancaran Coffee Table Book QA berjudul The Decades-Long QA Odyssey (Imej 6.20).


















                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  241
   246   247   248   249   250   251   252   253   254   255   256