Page 247 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 247

Imej 6.15
                                         Pengumpulan Data NHMS 2019




























                                             Sumber: Institut Kesihatan Umum (IKU), KKM

               INSTITUT PENYELIDIKAN KLINIKAL (ICR)

               NIH telah mendapat kelulusan penstrukturan semula pada bulan disember 2019 dan
               Pusat Penyelidikan Klinikal Kebangsaan (National CRC) telah menukar nama kepada
               Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) supaya setara dengan institut yang lain di bawah NIH,
               manakala rangkaian Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) masih dikenali sebagai rangkaian
               CRC atau CRC hospital. Pada tabun 2019, terdapat penubuhan tiga (3) CRC hospital
               baru di Hospital Bintulu, Hospital Tawau, dan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala
               Lumpur, menjadikan keseluruhan 36 CRC hospital di rangkaian. ICR dan rangkaian CRC
               merupakan cabang penyelidikan klinikal KKM dan bertanggungjawab mengukuhkan
               kapasiti  penyelidikan  klinikal  di  semua  kemudahan  kesihatan  KKM.  Fungsi  utama
               adalah mengurus, memberi panduan dan menjalankan aktiviti penyelidikan klinikal
               berimpak tinggi yang akan meningkatkan kualiti penjagaan kesihatan Malaysia.


               MESYUARAT SAINTIFIK MOH-AMM KE-13


               Mesyuarat  Saintifik  Kementerian  Kesihatan  Malaysia-Akademi  Perubatan  Malaysia
               (MOH-AMM) Ke-13 Sempena Seminar Saintifik NIH Ke-21 telah diadakan di Kompleks
               NIH, Setia Alam pada 27 hingga 29 Ogos 2019. Sejajar dengan visi KKM, tema acara
               dwitahunan pada tahun ini ialah “Penjagaan Terintegrasi Rakyat”. YB Datuk Seri Dr.
               Dzulkefly Ahmad Menteri Kesihatan telah merasmikan majlis tersebut. Seramai 24







                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  237
   242   243   244   245   246   247   248   249   250   251   252