Page 249 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 249

untuk memacu Malaysia sebagai destinasi pilihan dunia bagi penyelidikan ISR dengan
               berfungsi  sebagai pemboleh  dan  pemudahcara dalam  penyelidikan klinikal.  Pada
               tahun 2019, sejumlah 278 Industry Sponsored Research (ISR) telah diluluskan oleh
               MREC dan ini sejajar dengan misi Negara untuk mencapai 1000 penyelidikan klinikal
               yang berterusan di  Malaysia menjelang tahun  2020. Di  samping  itu, ICR dan  CRC
               telah berjaya memperolehi geran ekstramural berjumlah RM1,718,878.00 di mana
               sebanyak 61.2 peratus dibiayai oleh penaja antarabangsa dan United State-National
               Institute of Health (US-NIH) merupakan penyumbang utama geran untuk penyelidikan
               malaria.


               Tahun  2019 merupakan  tahun  yang penuh  cabaran dan  perlu  bekerja keras bagi
               memastikan proses migrasi berjalan lancar. Keseluruhannya, strategi yang dimulakan
               oleh ICR semenjak penubuhan pada tahun 2000 amatlah memberangsangkan dan
               ICR  dengan  rangkaian  CRC  sentiasa  berjaya  mencapai  petunjuk  prestasi  utama
               yang  telah  ditetapkan.Kini,  ICR  bercadang  untuk  (i)  mewujudkan  lebih  banyak
               hubungan strategik  tempatan dan  antarabangsa; (ii)  mendapatkan lebih  banyak
               geran penyelidikan ekstramural yang kompetitif; dan (iii) terlibat secara aktif dalam
               terjemahan dan  penyebaran  hasil  penyelidikan, terutamanya ke dalam  polisi  dan
               amalan harian klinikal. Dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan
               untuk penyelidikan  dan  merealisasikan Malaysia  sebagai  organisasi  penyelidikan
               klinikal terkemuka di Asia.

               INSTITUT PENGURUSAN KESIHATAN (IHM)


               TALENT GROOMING PROGRAMME FOR TECHNICAL HEALTHCARE PROFESSIONALS
               (TGP)

               TGP telah dilancarkan pada 2014 sebagai program yang sistematik bagi mengenal
               pasti dan mengembangkan potensi kepimpinan. Pada tahun 2019, julung kalinya TGP
               Inspirational Leadership Symposium dengan tema ‘The Building Blocks of Leadership’
               telah diadakan pada 3 hingga 4 Julai 2019 di Kompleks NIH. Plenari telah disampaikan
               oleh  YBhg.  Tan  Sri  Dato’  Seri  Dr  Jeffrey  Cheah  (Pengasas  dan  Pengerusi,  Sunway
               Group) bertajuk ‘Leadership: The Sunway Story’ dan YBhg. Datuk Prof Dr Che Muhaya
               Haji Mohamad (Konsultan Pakar Pembedahan Mata dan Pengarah Prof Muhaya Eye
               & LASIK Centre (PMELC))  bertajuk ‘Leading  with Compassion’  (Imej  6.17).  MyTGP
               (http://mytgp.ihm.moh.gov.my/) telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Ketua Pengarah
               Kesihatan pada 3 Julai 2019 bersempena dengan Simposium Kepimpinan Inspirasional
               TGP (Imej 6.18).













                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  239
   244   245   246   247   248   249   250   251   252   253   254