Page 246 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 246

Imej 6.14
                         Kajian Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019


















                                       Sumber: Institut Kesihatan Umum (IKU), KKM

            Tinjauan  ini  merupakan  hasil  kerjasama  antara  tiga  (3)  institut  kesihatan  negara,
            Institut  Kesihatan  Umum  (IKU),  Institut  Penyelidikan  Sistem  Kesihatan  (IPSK)  dan
            Institut Penyelidikan Tingkah laku Kesihatan (IPTK). Di bawah seliaan Dr. Tahir Aris,
            Pengarah IKU dan Penasihat NHMS 2019, Penyelidik Utama kajian ini, Dr. Shubash
            Shander  Ganapathy  dari  IKU  telah  menjalankan  tinjauan  ini  bersama  Penyelidik
            Bersama Dr. Muhamad Fadhli Mohd Yusoff dari IKU, Pn Suhana Jawahir dari IPSK dan
            Pn. Komathi Perialathan dari IPTK. Bersama kerjasama dari Jabatan Kesihatan Negeri,
            beratusan jururawat, pembantu pegawai kesihatan dan penolong pegawai kesihatan
            persekitaran dari seluruh Malaysia telah turut serta terlibat dalam tinjauan NHMS
            2019. Seramai 285 orang Pegawai Sambilan Harian telah dilantik sepanjang tempoh
            tinjauan untuk pengumpulan data dan lebih 50 orang penyelia lapangan, iaitu pegawai
            pegawai  dari  ketiga-tiga  institut,  juga  turut  bersama  pasukan  pengumpul  data  di
            lapangan semasa tempoh pengumpulan data.


            Bagi tujuan pengumpulan data NHMS 2019, lebih 12,000 rumah telah dilawati di seluruh
            Malaysia. Hampir 10,000 rumah telah berjaya ditemuramah dengan berjaya, iaitu lebih
            4,700 rumah ditemuramah untuk modul NCD dan lebih 5,300 rumah ditemuramah
            untuk modul HCD. Walaupun pelbagai cabaran dihadapi pasukan pengumpul data,
            adalah  dibanggakan  bahawa  kita  berjaya  menjalankan  kajian  pada  87.2  peratus
            responden yang layak dan terpilih untuk kajian ini, iaitu lebih 30,000 responden telah
            ditemuramah dalam kajian NHMS 2019. Respon yang membanggakan ini adalah hasil
            usaha semua  pasukan yang telah berusaha menghadapi  cabaran kajian  lapangan.
            Kajian NHMS 2019 adalah penting untuk mendapatkan maklumat dan menentukan
            perubahan dalam permintaan jagaan kesihatan dan beban penyakit berjangkit serta
            faktor-faktor  risiko  penyakit  tidak  berjangkit  di  Malaysia.  Hasil  daripada  kajian  ini
            adalah amat penting dan akan digunakan bagi menyokong dan merangka strategi
            dan inisiatif program yang sesuai dilaksanakan dalam kalangan rakyat Malaysia oleh
            Bahagian Kawalan Penyakit dan Kementerian Kesihatan Malaysia, serta Kementerian
            dan institusi lain di Malaysia (Imej 6.15).




        LAPORAN TAHUNAN
    236  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   241   242   243   244   245   246   247   248   249   250   251