Page 250 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 250

Imej 6.17
                                 Simposium TGP Inspirational Leadership














                                     Sumber: Institut Pengurusan Kesihatan (IHM), KKM

                                                 Imej 6.18
              Pelancaran MyTGP oleh Ketua Pengarah Kesihatan 3 Julai 2019 di Komplek NIH


















                                      Sumber: Institut Pengurusan Kesihatan (IHM), KKM

            LEAN HEALTHCARE

            Bermula tahun 2019, aktiviti Lean Healthcare telah berpindah ke Institut Pengurusan
            Kesihatan. Tahun 2019, Lean Healthcare fokus kepada model kelestarian kesihatan
            selain  meneruskan  aktiviti-aktiviti  asas  berkaitan  kajian,  latihan  dan  konsultasi.
            Sebanyak  dua  (2) buah  modul  telah berjaya dihasilkan iaitu  MyLean Awareness
            Module dan MyLean Project Module. Modul ini boleh digunakan sebagai rujukan dan
            panduan  kepada semua kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia.  http://www.
            ihm.moh.gov.my/index.php/lean-healthcare.


            MALAYSIAN       TECHNICAL      COOPERATION       PROGRAMME-EPIDEMIOLOGICAL
            INTELLIGENCE MANAGEMENT PROGRAMME (MTCP-EIMP)

            MTCP-EIMP  telah  dimulakan  di  Institut  Pengurusan  Kesihatan  (IHM)  sejak  tahun
            2007. Kursus  tersebut  melibatkan  pakar-pakar dalam  pelbagai  bidang  berkaitan
            epidemiologi dan merupakan kolaborasi antara IHM, IMR, Bahagian Kawalan Penyakit
            KKM dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan. Seramai 15 peserta telah dipilih dari
            11 buah negara yang berlainan (Imej 6.19).


        LAPORAN TAHUNAN
    240  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   245   246   247   248   249   250   251   252   253   254   255