Page 248 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 248

penceramah tempatan dan dua (2) penceramah dari luar negara dari pelbagai disiplin
            yang mempunyai pengalaman dan  pengetahuan  yang luas  dalam  bidang  masing-
            masing telah terlibat dalam pembentangan dan perbincangan penyelidikan dalam
            mesyuarat ini  (Imej  6.16).  Mesyuarat  saintifik  kali  ini  merupakan  acara  pertama
            dan terbesar yang diadakan di Kompleks NIH Setia Alam yang mendapat sambutan
            menggalakkan dari 888 peserta berdaftar dan 253 pembentangan poster. Di majlis
            ini juga, Penganugerahan dan Penyerahan AMM Fellowship diadakan dan sejumlah
            149 inductees telah dilantik sebagai ahli biasa dan 14 telah dianugerahkan Fellowship
            AMM.  Penganugerahan ini telah disampaikan oleh YBhg.Tan Sri Dato’ Seri Rafidah
            Aziz.


                                                 Imej 6.16
                                   Mesyuarat Saintifik MOH-AMM Ke-13
























                                       Sumber: Institut Penyelidikan Klinikal (ICR), KKM

            MESYUARAT RANGKAIAN CRC

            Mesyuarat rangkaian CRC telah diadakan sebanyak tiga (3) kali untuk tahun 2019.
            Dalam mesyuarat ini, Dato’ Dr. Goh Pik Pin (Pengarah, ICR) mengucapkan tahniah
            kepada semua Hospital CRC atas pencapaian yang cemerlang pada tahun 2019 dan
            menggalakkan semua kakitangan untuk meneruskan komitmen dalam menyediakan
            perundingan dan latihan penyelidikan kepada penyelidik di samping melaksanakan
            penyelidikan klinikal yang berimpak.


            PENCAPAIAN PENYELIDIKAN


            ICR  bekerjasama  dengan  rangkaian  CRC  bertanggungjawab  menjalankan  dan
            mempromosi  industry  sponsored  research (ISR).  ISR merupakan salah  satu projek
            permulaan (EPP) dalam Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA) yang mana ICR-
            CRC bersama-sama dengan Clinical  Research Malaysia (CRM)  telah diberi  mandat



        LAPORAN TAHUNAN
    238  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   243   244   245   246   247   248   249   250   251   252   253