Page 283 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 283

MESYUARAT ASEAN CONSULTATIVE COMMITTEE FOR STANDARDS AND
               QUALITY


               i.  PHARMACEUTICAL PRODUCT WORKING GROUP (ACCSQ- PPWG) KE-27


               NPRA  telah menjadi  tuan rumah bagi mesyuarat  ASEAN  Consultative  Committee
               for  Standards  and  Quality  -  Pharmaceutical  Product  Working  Group yang ke-27
               yang diadakan di Hotel G Gurney, Pulau Pinang dari 24 sehingga 27 Jun 2019. Lebih
               250 peserta, termasuk pegawai agensi regulatori ubat-ubatan serta pihak industri
               farmaseutikal  daripada  negara  anggota  ASEAN  telah  menghadiri  program  yang
               berlangsung selama empat (4) hari ini. Sidang mesyuarat ini telah dirasmikan pada 25
               Jun 2019 oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Dr. Ramli bin Zainal.


               Objektif  utama  mesyuarat  ACCSQ-PPWG  adalah  untuk  mewujudkan  harmonisasi
               dalam  skim peraturan  produk  farmaseutikal  yang  dapat  diguna  pakai  oleh  negara
               anggota ASEAN, serta turut membantu mencapai objektif ASEAN Free Trade Area
               (AFTA) iaitu mengurangkan halangan teknikal sedia ada tanpa menjejaskan kualiti,
               keselamatan dan efikasi produk tersebut (Imej 8.2).


                                                    Imej 8.2
                  Ketua Perwakilan Negara Anggota ASEAN pada Sesi Mesyuarat ACCSQ-PPWG
                                                      ke-27


























                                          Sumber: Bahagian Regulatori Farmasi Negara














                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  273
   278   279   280   281   282   283   284   285   286   287   288