Page 284 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 284

ii.  TRADITIONAL MEDICINES AND HEALTH SUPPLEMENTS PRODUCT WORKING
                GROUP (ACCSQ- TMHS) KE-32

            NPRA  juga telah menganjurkan Mesyuarat  ACCSQ-TMHS PWG  yang bertempat  di
            Hotel Royale Chulan Damansara, Selangor dari 4 hingga 8 November 2019. Pegawai
            kerajaan daripada Agensi Regulatori Ubat-ubatan Kebangsaan serta ahli industri TMHS
            dari negara anggota ASEAN telah menghadiri program yang berlangsung selama lima
            (5) hari ini. Jumlah peserta bagi mesyuarat ini adalah sebanyak 118 orang. Sidang
            mesyuarat ini telah dirasmikan pada 25 Jun 2019 oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan
            Farmasi, Dr. Ramli bin Zainal.
            Objektif utama mesyuarat ACCSQ-TMHS PWG adalah untuk mewujudkan harmonisasi
            dalam skim keperluan teknikal dan garis panduan regulatori untuk produk TMHS bagi
            mengurangkan halangan teknikal di  dalam perdagangan di  antara negara anggota
            ASEAN  dan menyumbang kepada inisiatif Integrasi Ekonomi ASEAN tanpa menjejaskan
            kualiti, keselamatan dan efikasi produk (Imej 8.3).

                                                 Imej 8.3
                            Ketua Perwakilan daripada Negara Anggota ASEAN




























                                       Sumber: Bahagian Regulatori Farmasi Negara

            TECHNICAL  MEETING ON  REGIONAL COLLABORATIVE STRATEGY FOR  THE ASEAN
            DRUG SECURITY AND SELF-RELLIANCE

            Di bawah ASEAN Health Cluster 3 (Strengthening Health System and Access to Care
            Work Plan for 2016-2020) – Theme 2 (Availability and Quality of Care), Malaysia telah
            diamanahkan untuk mengetuai projek Development of Regional Collaborative Strategy
            for the ASEAN Drug Security and Self-Reliance (ADSSR). Technical Meeting on Regional
            Collaborative Strategy for the ASEAN Drug Security and Self-Reliance (ADSSR) telah
            dianjurkan oleh Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik Farmasi pada 6 hingga




        LAPORAN TAHUNAN
    274  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   279   280   281   282   283   284   285   286   287   288   289