Page 77 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 77

iii.   Permohonan Lesen Pewasapan (Baru)
                     Terdapat  sebanyak  22  pemohonan  baru  lesen  pewasapan  pada  tahun  2019
                     iaitu  permohonan  bagi  mereka  yang  lulus  di  dalam  peperiksaan  pewasapan
                     tahun 2018.


               iv.   Permohonan Pembaharuan Lesen Pewasapan
                     Sepanjang tahun 2019, seramai 230 orang Operator Berlesen telah memohon
                     untuk membaharui lesen pewasapan masing -masing bagi Tahun 2019.

               PENGUATKUASAAN AKTA PEMUSNAHAN  SERANGGA PEMBAWA PENYAKIT 1975
               (APSPP 1975)

               Operasi  penguatkuasaan  secara bersepadu  dirancang di  Program Kesihatan
               Awam  melibatkan  operasi  bersiri  Ops  Gempur  Aedes.  Aktiviti  yang  dijalankan
               meliputi  perancangan  operasi,  menyediakan  garis  panduan  operasi,  pemantauan
               penguatkuasaan di lapangan, promosi aktiviti melalui kenyataan media dan penilaian
               aktiviti penguatkuasaan.

               Sebanyak 17 siri operasi telah dijalankan sepanjang tahun 2019 termasuk dua (2)
               Operasi Gempur Aedes Khas yang telah diadakan dimana setiap satu operasi gempur
               aedes khas  tersebut melibatkan lima (5) siri  pada bulan Februari hingga Mac dan
               bulan Julai hingga Ogos 2019. Tindakan pendakwaan bagi kesalahan di bawah  APSPP
               1975  didapati  meningkat  pada  tahun  2019  berbanding  tahun  2018  sebelumnya
               seperti di dalam Jadual 4.4 di bawah:

                                                   Jadual 4.4
                      Penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975


                           Bil.    Bil. Premis     Bil.        Bil.      Bil. Kes
                         Premis       Yang                                             Denda
                Tahun                           Kompaun      Premis     Daftar Di
                          Yang       Positif                                         Mahkamah
                        Diperiksa  Pembiakan   Dikeluarkan   Ditutup   Mahkamah

                 2015   6,167,767    98,565      18,298       416        1,585      RM902,700
                 2016   5,502,748   116,862      18,017       314        1,885      RM1,293,140

                 2017   4,623,927   122,927      24,450       196        1,867      RM1,800,560
                 2018   4,688,302   119,418      21,370       120        2,599      RM3,130,300

                 2019   4,877,369   161,506      24,869       117        2,665      RM1,037,231
               Sumber: Bahagian Perkembangan Kesihatan Awam, KKM













                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  67
   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82