Page 80 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 80

PENYIASATAN

            Penyiasatan  kes  yang  melanggar  undang-undang  kesihatan  awam  dijalankan  oleh
            PPKP  di  daerah masing-masing.  Jumlah  kertas siasatan yang dibuka pada  tahun
            2019 adalah yang paling tinggi iaitu sebanyak 102,122 kes berbanding tahun-tahun
            sebelumnya seperti di Jadual 4.7.

                                                Jadual 4.7
                        Penyiasatan Kes di Bawah Undang-Undang Kesihatan Awam


                             Kertas Siasatan
                Tahun                                Bil. Izin Dakwa           Bil. NFA
                                 Dibuka

                2015             55,054                 14,189                   165
                2016             65,178                 14,348                   296

                2017             83,847                 15,506                   424

                2018             92,376                 18,538                   575
                2019             102,122                20,385                   680

            Sumber: Bahagian Perkembangan Kesihatan Awam, KKM
            Bagi memantapkan kualiti penyiasatan kes, beberapa siri latihan dalam perkhidmatan
            seperti Kursus Penyiasatan kepada Pegawai Penyiasat telah dijalankan oleh Sektor
            Inspektorat dan Perundangan.


            SEKTOR FARMASI KESIHATAN AWAM

            Penyampaian perkhidmatan farmasi di kesihatan awam telah diperkukuhkan pada
            tahun 2019 melalui pemantauan Key Performance Indicator (KPI) Pengarah Bahagian
            Perkembangan  Kesihatan  Awam.  Melalui  KPI  tersebut,  didapati  bilangan  klinik
            kesihatan yang mencapai prestasi keseluruhan gred A (80 hingga 100 peratus) dalam
            lawatan penyeliaan farmasi di 453 buah klinik kesihatan dengan Pegawai Farmasi di
            seluruh negara adalah 87.9 peratus berbanding sasaran yang ditetapkan (50 peratus).
            Pemantauan  yang  dijalankan  telah  membantu  untuk  memastikan  penyampaian
            perkhidmatan farmasi di klinik kesihatan yang seragam dan konsisten.


            Terdapat peningkatan sebanyak  1.9 peratus bagi jumlah  bilangan preskripsi yang
            diterima di  kaunter farmasi  klinik  kesihatan  pada  tahun  2019 berbanding  jumlah
            yang diterima pada tahun sebelumnya (Rajah  4.1).  Peningkatan ini  adalah  sedikit
            berbanding  dengan peningkatan tahun  sebelumnya (10.45 peratus)  berikutan
            pembekalan ubat mencukupi.








        LAPORAN TAHUNAN
    70  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   75   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85