Page 79 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 79

PENGUATKUASAAN PERATURAN-PERATURAN KAWALAN HASIL  TEMBAKAU 2004
               (PPKHT 2004)

               Peraturan-peraturan  Kawalan  Hasil  Tembakau  2004  merupakan  undang-undang
               subsidiari di bawah Akta Makanan 1983 (Akta 281). Di bawah peraturan-peraturan
               ini, kesalahan yang sentiasa dipantau melibatkan kegiatan merokok di tempat yang
               dilarang,  penjualan  rokok  kepada  remaja  di  bawah  umur,  penjualan  rokok  dalam
               paket terbuka, penjualan rokok tanpa amaran kesihatan bergambar serta merokok
               dalam kalangan remaja bawah umur dan penjualan hasil tembakau di dalam talian
               (online).


               Bilangan kesalahan di bawah peraturan ini telah menunjukkan penurunan daripada
               57,268 notis yang dikeluarkan pada tahun 2018 kepada 50,946 notis pada tahun 2019
               seperti dalam Jadual 4.6. Pada tahun 2019, sebanyak 29,819 kompaun dikeluarkan
               dengan nilai terkumpul kompaun dibayar berjumlah RM 3.65 juta.


                                                   Jadual 4.6
                      Penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004


                                                                              Jumlah amaun
                            Bil Notis seksyen 32B       Bil. Kompaun
                 Tahun                                                        kompaun yang
                                 dikeluarkan             Dikeluarkan
                                                                                  dibayar
                  2015             35,350                  22,542              RM2,067,501

                  2016             40,965                  19,393              RM2,139,661
                  2017             45,799                  23,571              RM2,511,621
                  2018             57,268                  25,834              RM3,215,366

                  2019             50,946                  29,819              RM3,653,774
               Sumber: Bahagian Perkembangan Kesihatan Awam, KKM

               Tindakan  penguatkuasaan  di  bawah  PPKHT  adalah  bertujuan  agar  orang  yang
               merokok mematuhi undang-undang dan mengelakkan daripada pencemaran udara
               yang  dikongsi  bersama  orang  yang  tidak  merokok.  Jumlah  penguatkuasa  menjadi
               kekangan dalam menjalankan aktiviti secara sepenuh masa. Pendekatan yang diambil
               oleh Program Kesihatan Awam adalah dengan menetapkan prioriti kesalahan. Bagi
               meningkatkan  aktiviti  penguatkuasaan  di  kawasan  larangan  merokok,  seramai  70
               orang  Polis  Bantuan  Sunway  Group  telah  dilatih  dan  diberi  penurunan  kuasa  di
               bawah Akta Makanan 1983 untuk menjalankan penguatkuasaan Peraturan-peraturan
               Kawalan Hasil Tembakau 2004 di dalam premis di Bandar Sunway.











                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  69
   74   75   76   77   78   79   80   81   82   83   84