Page 122 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 122

3.  Program I Fit And Eat Right (IFitEr)
            Merupakan intervensi kesihatan bagi membantu individu yang menghadapi masalah
            berat badan berlebihan dan obes untuk menguruskan berat badan mereka menerusi
            modifikasi  tingkah  laku  aktiviti  fizikal  dan  pemakanan  sihat.  Aktiviti  IFitEr  telah
            dilaksanakan di 23 Pusat Promosi Kesihatan Komuniti (PPKK) yang melibatkan 163
            orang Instruktor IFitEr dan 78 orang Pegawai Pendidikan Kesihatan yang berperanan
            mengendalikan analisa tingkah laku klien. Seramai 320 orang penggerak aktiviti fizikal
            juga telah menjalani Kursus Akreditasi Penggerak Aktiviti Fizikal (Asas Senamrobik)
            dengan  kerjasama Kementerian Belia  dan  Sukan  Malaysia  (KBS).  Para penggerak
            aktiviti fizikal ini terdiri daripada staf di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia
            (IPKKM), staf di Pusat Promosi Kesihatan Komuniti (PPKK), staf kesihatan di negeri dan
            daerah serta movers yang terlatih.

                                                Rajah 4.21
                              Pencapaian Program I Fit And Eat Right (IFitEr)




















            Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

                                                 Imej 4.3
                                 Aktiviti Program I Fit And Eat Right (IFitEr)














                                       Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM













        LAPORAN TAHUNAN
    112  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   117   118   119   120   121   122   123   124   125   126   127