Page 125 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 125

3.  Penglibatan Komuniti Dalam Projek Wolbachia
               Nyamuk Aedes BerWolbachia adalah nyamuk yang mengandungi bakteria Wolbachia
               yang akan merencatkan perkembangan virus denggi di dalam badan nyamuk Aedes
               bagi  mencegah  dan  mengawal  denggi.  Terdapat  tiga  (3)  aktiviti  utama  yang  telah
               dilaksanakan iaitu:


                   i.  Kajian rintis yang melibatkan dua (2) lokaliti di Selangor telah dimulakan pada
                      Mac 2017.
                   ii.  Perluasan projek Wolbachia ke lapan (8) lokaliti di Selangor dan tiga (3) lokaliti
                      di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya pada tahun 2019.
                   iii.  Pelancaran Kick-Off di Apartment Sri Rakyat, Bukit Jalil pada 7 Julai 2019.

               Pelbagai aktiviti promosi kesihatan projek Wolbachia telah dilaksanakan di sekitar
               Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Antaranya, menerusi promosi di
               media  cetak  dan  elektronik  sebanyak  6,497  dan  aktiviti  promosi  kesihatan  secara
               komunikasi bersemuka sebanyak 10,358 sesi.

                                                    Imej 4.8
                  Aktiviti Projek Wolbachia di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur














                                           Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM


               INISIATIF BEBAS ASAP ROKOK DAN MODIFIKASI TINGKAH LAKU

               1.  Intervensi Modifikasi Tingkah Laku Berhenti Merokok

               Perkhidmatan  ini  diberikan  oleh  Pegawai  Pendidikan  Kesihatan  di  hospital  yang
               menjalankan intervensi modifikasi tingkah laku dalam kalangan perokok yang dirujuk
               dan klien yang datang secara sukarela. Bilangan klien yang mendaftar di Perkhidmatan
               Klinik  Berhenti  Merokok  (PKBM)  pada  tahun  2019  adalah  seramai  3,873  orang.
               Daripada jumlah ini, sebanyak 989 orang klien menetapkan tarikh berhenti merokok
               dan seramai 517 orang klien berjaya berhenti merokok. Terdapat sedikit penurunan
               sebanyak 185 klien yang berjaya berhenti merokok berbanding tahun 2018 (Rajah 4.21).












                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  115
   120   121   122   123   124   125   126   127   128   129   130