Page 124 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 124

INISIATIF KOMUNIKASI RISIKO

            1.  Communication for Behavioural Impact (COMBI)
            Sehingga kini, terdapat sebanyak  2,855  pasukan COMBI dengan 30,958  orang
            sukarelawan COMBI di seluruh negara. Penubuhan COMBI baharu pula ialah sebanyak
            268 dan bilangan pemimpin dan ahli COMBI yang telah dilatih adalah sebanyak 2,812
            orang. Bagi aktiviti pencegahan pula, sebanyak 1,972 aktiviti gotong-royong dan 2,978
            aktiviti  Cari  dan  Musnah  telah  dilaksanakan.  Aktiviti  promosi  kesihatan  menerusi
            media  cetak  dan  elektronik  pula  adalah  sebanyak  108,248  dan  aktiviti  promosi
            kesihatan secara komunikasi bersemuka pula sebanyak 161,398 sesi.

                                                 Imej 4.6
                                     Aktiviti Promosi Kesihatan COMBI













                                                 Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

            2.  Gotong-Royong Mega Perangi Aedes Siri 1 dan 2
            Program  ini  melibatkan  komuniti  setempat  bersama-sama  melaksanakan  aktiviti
            pembersihan persekitaran supaya tiada sampah sarap dan bahan takungan air yang
            menjadi  tempat pembiakan  nyamuk Aedes. Gotong-royong  Mega diadakan  pada
            setiap tahun secara serentak di seluruh negara. Pada tahun 2019, terdapat dua (2)
            Gotong-royong Mega yang telah dilaksanakan. Gotong-royong Mega Perangi Aedes
            Siri 1 telah diadakan di PPR Seri Alam Fasa 2, Cheras, Kuala Lumpur pada 9 Mac
            2019 manakala Gotong-royong Mega Perangi Aedes Siri 2 telah diadakan di Taman
            Bagan Baru, Butterworth, Pulau Pinang pada 15 Mac 2019. Majlis perasmian program
            tersebut  telah  dirasmikan  oleh  Yang  Berhormat  Datuk  Seri  Dr.  Dzulkefly  Ahmad,
            Menteri Kesihatan Malaysia.

                                                 Imej 4.7
                   Majlis Perasmian Gotong-royong Mega Perangi Aedes Siri 1 dan Siri 2












                                       Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM




        LAPORAN TAHUNAN
    114  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019
   119   120   121   122   123   124   125   126   127   128   129