Page 123 - LAPORAN TAHUNAN KKM 2019
P. 123

4.  Program Jom Nak Sihat: Parlimen Kuala Selangor
               Merupakan sebuah program rintis pengurusan berat badan di komuniti menggunakan
               modul  IFitEr dan telah dijalankan daripada  1  Julai  hingga 30  September  2019.
               Daripada  103 orang peserta yang kekal  hingga akhir program, 98 orang peserta
               berjaya menurunkan sekurang-kurangnya 1 kilogram berat badan  dan  20 orang
               peserta telah berjaya menurunkan berat badan asal sebanyak 10 peratus. Pemenang
               kategori lelaki bagi program ini telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 24
               kilogram daripada 117 kilogram berat badan asal manakala pemenang bagi kategori
               wanita pula telah berjaya menurunkan sebanyak 13.4 kilogram daripada 66.2 kilogram
               berat badan asal. Sepanjang program tersebut aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah
               seperti boxing session, bootcamp challenge, aquarobic session dan home workout.

                                                    Imej 4.4
                            Aktiviti Program Jom Nak Sihat: Parlimen Kuala Selangor













                                          Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

               5.  KOSPEN@Activ
               KOSPEN@Activ merupakan inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan
               kerjasama BookDoc bagi mengalakkan budaya hidup aktif dalam kalangan warga KKM.
               Aplikasi  ini  menggunakan konsep  permainan  menerusi  telefon  pintar dan  fitness
               trackers  bagi mengesan bilangan langkah yang dilakukan oleh individu  dan  diberi
               ganjaran apabila individu tersebut mencapai tahap tertentu. Setakat 30 November
               2019,  sebanyak  121,894  (51.95%)  orang  anggota  kesihatan  telah  memuat  turun
               aplikasi  BookDoc dan  sesi  engagement yang telah dilaksanakan adalah  sebanyak
               615 sesi yang melibatkan jabatan kesihatan di negeri, daerah, hospital dan institusi
               kesihatan.
                                                    Rajah 4.5
                                        Aktiviti-Aktiviti KOSPEN@ACTIV














                                                  Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM




                                                                                       LAPORAN TAHUNAN
                                                                        KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2019  113
   118   119   120   121   122   123   124   125   126   127   128